Uncategorized

Turki dan teh – çay ister misiniz?

çay ister misiniz ? – Kamu nak teh ke ?. Ayat ini salah satu ayat pertanyaan yng sering digunakan .

Ada juga tanya “cay ister misin ?”

Minum teh menjadi salah satu aktiviti harian dan budaya yang tidak boleh dipisahan dengan orang turki . Saya juga sudah terbiasa dengan budaya minum teh ni semenjak menetap di Turki .

Setiap hari di mana- mana saja pasti minum teh . Menyambut tetamu juga permulaanya diberikan minum teh . Teh bagaikan untuk memulakan hari juga . Setiap pagi pasti teh . Mereka lebih cenderung minum teh biasa . Bukan Teh epal atau teh herba . Teh yang diminum mereka setiap hari sangat pekat . Jarang sekali dengar orang turki yang minta teh kurang pekat . Mereka minum panas- panas dengan gelas kecil yang unik .

Sekali minum teh pasti 2-3 kali ulang .

Saya suka “acık çay ” bermaksud teh tidak pekat .

Sebelum teh , dulu  orang turki minum kopi . Tapi kopi susah ditanam dan harga meningkat . Jadi teh menjadi pilihan . Teh banyak ditanam di Rize dan Trabzon . Wilayah utara turki .

cay turki

 

Advertisements
Uncategorized

Winter Barla

905840_656752647750642_3980705844633383416_o
Buku risale i nur disusun rapi didalam almari dinding

 

 

10496157_656762254416348_4768742375187006964_o
Di tingkap ini lah laluan Said Nursi untuk naik keatas pokok untuk berzikir sambil pandang kearah Tasik egidir

Hidup di kampung kadang tu saya rasa bosan , jadi saya dan suami akan ke tempat lain atau pekan lain untuk berubah angin .

esok kita ke Isparta . kata suami saya .

yahooooo!!!!

Bangun awal pagi dan sebaik saja selepas sarapan , kami ke stesen bas kampung untuk ke Isparta . Bas mula penuh dan tepat pada waktunya bas bergerak seperti biasa . Saya suka duduk di tepi tingkap sebab nak merakamkan gambar tanah ladang . Pada waktu itu musim sejuk jadi tiada aktiviti perladangan tapi permandangan petak – petak ladang itu cukup cantik bagaikan lukisan . Mata memang tidak jemu memandang petak ladang yang kosong itu . Terima kasih Allah kerana aku masih boleh melihat keindahan bumi ini .

Perjalanan ambil masa 1 jam dari kampung basmak ke Bandar Isparta . Bas akan lalu Universiti Suleyman Demiral dan hospital .Kebanyakkan turun di hospital.Tiba saja di pusat bandar , kami turun nak menuju ke kedai pakaian. Saya nak beli skrit labuh dan pakaian yang lain . Selepas itu, kami ke rumah Pak cik Hasan untuk menziarah mereka . Selepas minum teh , Kami berempat pergi piknik . Walaupun udara sejuk tapi masih nak piknik juga di luar .

Kami ke Pekan kecil Barla melalui Tasik egidir yang memukau pandangan saya .Hati saya berbunga kerana dapat jejak kaki ke Barla . Tempat Badiuzaman Said Nursi dibuang semasa zaman pemerintahan Mustafa Kemal .