Fatih · istanbul · Istanbulakutinggal · menetapdiistanbul · Uncategorized

Istanbul sesi 1

 

Turkey ini ada 2 benua .  .di tanah europe bukan saja istanbul ya . Ada kota edirne tekirdag dan kirklareli   .

Perjalanan dari Istanbul – Edirne  dalam 3 jam  menaiki kereta atau bas express . 

Kalau dah repeat istanbul , pergi lah day trip ke edirne pulak atau jln2 cari makan di istanbul sebelah asia contohnya naik ferry ke kadikoy atau uskudar .

Kita boleh buat sarapan di istanbul eropah dan  tengah hari berada di istanbul sebelah asia pulak . boleh pilih sama ada ke uskudar atau kadikoy .

jika nak rasa angin bosporus ,boleh naik ferry dari Eminonu . 20 minit dah sampai 

Jika nak cepat   , boleh naik marmaray  2-3 minit dah sampai  . contohnya stesen marmaray di sirkeci . 

Instagram @yennidogan
Fb page turkey with you

 

kadikoy

Advertisements
Uncategorized

plug in turkey

Salam semua , 

Ini salah satu perkara yang perlu di ambil berat sewaktu travel ke Turki . Disini mereka guna plu in 2 lubang bukan 3 lubang seperti di Malaysia . Sebelum ke sini pastikan bawa plug tambahan dan international adaptor untuk memudahkan caj bateri handphone atau laptop .

plug in turkey

Uncategorized

Roti simit dan Teh turki

cay

 

Tiba saja saya di Istanbul . Saya nampak roti simit di tepi jalan .Mereka jual 1 TL satu . Paling sedap bila makan panas- panas.

Saya cicah simit ke dalam teh .Orang turki agak pelik sebab saya cicah dengan teh .

“Cicah dengan teh ini lah sedap ”

Roti simit berbijan ini  banyak dijual ditepi jalan seperti  orang malaysia jual pisang goreng .

Sesiapa ke Istanbul atau mana- mana kota di dalam Turkey boleh cuba roti simit ini .

 

Salam sayang

Yeni dogan

Istanbul

 

Uncategorized

Ladang bunga matahari

 

 

ladang matahari

eh ! tengok tu banyaknya bunga matahari belum dikutip. nak ambil gambar lah . Nampak kuning saja

Musim panas di Afyonkarahisar , Sempadan Kutahya – Afyonkarahisar , lebuhraya dari Dazkiri – Denizli  mata tak jemu memandang bunga matahari mekar tumbuh . Suasana menguning dan sedap mata memandang .

Bunga matahari ini ada yang dijadikan minyak atau kuaci . Pada musim begini penduduk ambil kesempatan mengusahakan tanaman bunga matahari untuk di jual kepada pengusaha minyak masak dan kuaci .

Cuti raya baru ini seperti biasa balik Afyonkarahisar . sepanjang jalan ada juga tanaman ubi kentang , Bawang , maydonoz, cili , terung , tomato dan gandum yang diusahakan oleh penduduk tempatan pasa musim panas . 

Ada juga ladang yang masih ada orang bekerja petik hasil tanaman . Walaupun sudah banyak kali lalu di Kutahya dan Afyonkarahisar tapi mata masih tidak jemu dengan permandangan yang Allah cipta ini .

Kami berhenti sekejap untuk piknik tepi ladang orang sambil berehat .

Matahari terik tapi berangin juga .

Salam musim panas :  Yeni Dogan 

Uncategorized

kampung turki

Image

 

Ini semua stor tempat simpan rumput kering haiwan ternakan. Rumah nenek ada lembu .  Rumput ini belakan pada musim sejuk .

 

 

 

 

Image

 

ranting kayu dari kebun yang sudah kering , mereka jadikan penyapu atau bahan bakar sewaktu musim sejuk atau untuk kegunaan  memasak di oven tanah .

Salah satu yang saya pegang ini penyapu . Mereka jadikan penyapu untuk kegunaan menyapu di luar rumah . Jadi boleh jimat

 

 

Image

 

Cili kering yang saya pegang itu untuk persedian pada musim sejuk. Apabila musim sejuk tiba, tanaman tidak ada dan semua sayur yang dikeringkan pada musim panas . di simpan untuk bekalan masa winter . Selain itu mereka jadikan jeruk untuk timun, kubis dan cili .

 

 

Image

 

Ini juga makanan haiwan yang telah di ikat bentuk blok . Selepas itu disusun untuk bekalan haiwan pada musim sejuk

 

Saya memang suka tengok aktiviti di kampung turki . Mereka hidup dalam keadaan semulajadi dan pentingkan yang asli

Uncategorized

Basic kebersihan dan kekemasan orang turki

1. kasut susun di luar rumah

2. makan mesti ada alas supaya tidak tumpah . contohnya makan biskut pun mesti beralas.

3. masuk bilik mandi atau toilet mesti pakai selipar

4. cuci tangan di basin cuci tangan bukan sinki cuci pinggan

5. mandi dengan air panas dan gosok badan dengan pengosok badan

6. cuci pinggan mangkuk dengan air panas

7. dapur gas dan dinding dapur mesti hari- hari lap supaya minyak bekas menumis hilang

8. dalam rumah mesti kemas dan bersapu / vakum . lagi satu sebab kita solat .

Uncategorized

561 tahun yang dulu

Pada 561hari selasa waktu pagi , 29 May 1453 , Sultan Fetih dan askarnya telah berjaya menawan Kerajaan Byzantine . Sultan Fetih berlaku adil kepada orang greek yang tinggal di dalam kota konstantine dan nama ditukar Istanbul .

Mereka bebas mengamal agama mereka sendiri dan melakukan aktiviti seperti biasa . Tiada paksaan atau penindasan terhadap mereka setelah kerajaan uthmaniyah ambil alih .