Uncategorized

Sejuk melanda

catalca

Turki di landa sejuk atas 5 degree. Saya jalan – jalan jauh sikit dari Fatih sebab saya pun memang duduk di kawasan Fatih.

Kami kearah Laut Hitam di dalam Istanbul juga . Suhu jatuh 1 darjah , berkabus dan salji halus . Memang tak tahan keluar lama – lama dari kereta . Tapi nak juga ambil gambar  , itu lah dapat bergambar.

Selepas itu kami singgah solat magrib di masjid kawasan kampung . Salji halus mula turun dan berangin . Memang seronok bersalji tapi seksanya kesejukkan itu tak sanggup nak tanggung . Kena jugalah tempoh kesejukkan sebab sudah memang duduk sini .

 

 

 

Advertisements
Uncategorized

Salam semua

Sudah lama saya tak menulis .

Hari ini ada matahari . Alhamdulilah ada cahayanya . Winter ini kalau kena matahari rasa panas sikit tapi tak lama sekejap saja.

Tahun 2015 akan muncul tidak lama lagi . sudah masuk 4 tahun saya di sini. Cepatnya masa berlalu .

Uncategorized

Masjid Suleymaniye , Istanbul

20140508_173922

20140508_173455      20140508_173509

Boleh dikatakan saya kerap melewati masjid suleymaniye . Masjid ini dibina pada tahun 1550 dan siap keselurhannya pada tahun 1558 . Pada tahun 1766 masjid ini berlaku kerosakan akibat gempa bumi . 

Sedikit hikayat tentang pembinaan masjid ini :

Pada suatu malam sultan suleyman bermimpi bahawa Nabi Muhammad S.A.W menyuruhnya membina sebuah masjid dan menunjukkan kawasan yang perlu dibina itu . Apabila terjaga daripada tidur , Sultan menyuruh orangnya memanggil Mimar Sinan. Tapi, Sinan lambat bertemu sultan . 

“Kenapa kamu lambat datang ? “. Tanya sultan 

” Saya pergi tengok kawasan untuk membina masjid itu. Tuanku bermimpi bahawa Nabi Muhammad menyuruh membina masjid  “. Kata Sinan. 

” Bagaimana kamu tahu mimpi beta ini ? ” . Tanya sultan . 

” Saya ada bersama tuanku semasa dalam mimpi itu .” kata Sinan . 

Sultan menyuruh sinan membina masjid . Setelah itu , Sinan pergi dari situ dan   tidak berjumpa dengan sultan lagi dalam jangka masa  yang agak lama .  Sultan menyuruh orangnya memanggil sinan lagi. 

Sultan Shah dari Iran mendengar berita yang Sultan Suleyman mahu membina masjid tapi ambil masa agak lama prosesnya. Lalu , Sultan Iran memghantar sumbangan emas kepada Sultan Suleyman . Emas itu digunakan untuk modal membina masjid.

Cara Sultan Shah ini memperli kerajaan uthmaniyah yang ambil masa lama untuk siapkan masjid . 

” kenapa kamu lambat membina masjid ?” tanya sultan kepada Sinan.

” Saya sedang kuatkan tapak pembinaan supaya kukuh dan tidak rosak akibat gempa bumi . ” kata Sinan.

Lalu sultan memanggil tukang kayu untuk hancurkan emas pemberian Sultan Shah itu . Baginda tidak mahu emas itu . Emas itu dibuang ke dalam tapak pembinaan  Masjid Suleymaniye . 

Akhirnya pembinaan masjid itu siap sepenuhnya . 

 

 

Uncategorized

Bangunan Mandrasah Zaman Uthmaniyah

 

Ini madrasah zaman uthmaniyah. sudah lama cuba nak masuk kawasan ini tapi lalu waktu malam. Kebetulan lalu waktu siang singgah masjid fatih untuk solat asar. 

Semasa masuk kawasan pagar baru ternampak tulisan asrama lelaki tapi saya masuk dengan suami saya .

madrasah ini dijadikan asrama. Saya intai di celah pintu. Kawasan di dalam seperti filem sultan uthmaniyah. memang cantik. suasana uthmaniyah masih kekal.

Masjid besar- besar di Turki ini biasanya ada madrasah sekali di sekelilingnya . Bangunan yang masih kekal dan dijaga . 

Madrasah di bawah ini terletak di sebelah Masjid Fatih . 

medrese 1

Uncategorized

Budaya stokin

Apabila langkah masuk ke masjid orang turki memang berstokin . Bagi mereka kalau tidak berstokin nanti kotor .

Kita memang tidak berapa selesa memakai stokin selepas berwuduk dan masuk ke masjid kerana kaki akan berbau . Begitu juga saya . Biasanya saya akan lap kaki dengan tisu dan memakai stokin semula untuk melangkah ke dalam masjid .

sebaik saja sampai tempat khas wanita solat , saya betulkan stokin kerana memakainya terbalik . banyak mata pandang ke arah saya. Saya buat tak tahu saja dan terus menunaikan solat .

Masjid di turki memang bersih dan terjaga .

Saya tidak pasti ya kerana ini dengar secara lisan  – Mazhab Hanafi makruh jika tidak pakai stokin di dalam masjid/ surau .

Salam sayang

Yeni dogan

Istanbul