Mahu berhijrah ke Turki ?

Saya mendapat message daripada beberapa orang yang menanyakan cara untuk berhijrah ke Turki.

Berhijrah / menetap di Turki bukan perkara mudah.

1. Orang asing tidak diberikan permit kerja sesuka hati kecuali ada company offer dan mesti show offer letter kerja semasa apply permit kerja dan permit tinggal .

HINDARIKAN DIRI BUAT KERJA SECARA HARAM KERANA ANDA NAMA MALAYSIA BUSUK DAN MENYUSAHKAN ORANG LAIN SEBAGAI WARGANEGARA MALAYSIA.

2. Turki utamakan rakyatnya dahulu .

Bagi yang berkahwin dengan warganegara turki tidak ada masalah . TAPI jangan pula gara- gara nak duduk turki  sanggup kahwin dengan orang turki kecuali kalau sudah jodoh . NIAT MAHU KAHWIN MESTI IKHLAS BUKAN SEBAGAI JAMBATAN UNTUK TINGGAL DI SINI.

Advertisements

Istanbul memutih

findkzade

 

Seluruh turki memutih . Aku tinggal di Istanbul . Bahagian Fatih dan Sultan Ahmet nipis saja salji . Tidak seperti zaman 60an 70an . Masa itu beku .

Sudah 3 hari suhu bawah paras beku iaitu suhu dalam -2   -3 darjah . Semua air beku dan jalan licin sebab ais .

Sejuk melanda

catalca

Turki di landa sejuk atas 5 degree. Saya jalan – jalan jauh sikit dari Fatih sebab saya pun memang duduk di kawasan Fatih.

Kami kearah Laut Hitam di dalam Istanbul juga . Suhu jatuh 1 darjah , berkabus dan salji halus . Memang tak tahan keluar lama – lama dari kereta . Tapi nak juga ambil gambar  , itu lah dapat bergambar.

Selepas itu kami singgah solat magrib di masjid kawasan kampung . Salji halus mula turun dan berangin . Memang seronok bersalji tapi seksanya kesejukkan itu tak sanggup nak tanggung . Kena jugalah tempoh kesejukkan sebab sudah memang duduk sini .

 

 

 

Salam semua

Sudah lama saya tak menulis .

Hari ini ada matahari . Alhamdulilah ada cahayanya . Winter ini kalau kena matahari rasa panas sikit tapi tak lama sekejap saja.

Tahun 2015 akan muncul tidak lama lagi . sudah masuk 4 tahun saya di sini. Cepatnya masa berlalu .

Masjid Suleymaniye , Istanbul

20140508_173922

20140508_173455      20140508_173509

Boleh dikatakan saya kerap melewati masjid suleymaniye . Masjid ini dibina pada tahun 1550 dan siap keselurhannya pada tahun 1558 . Pada tahun 1766 masjid ini berlaku kerosakan akibat gempa bumi . 

Sedikit hikayat tentang pembinaan masjid ini :

Pada suatu malam sultan suleyman bermimpi bahawa Nabi Muhammad S.A.W menyuruhnya membina sebuah masjid dan menunjukkan kawasan yang perlu dibina itu . Apabila terjaga daripada tidur , Sultan menyuruh orangnya memanggil Mimar Sinan. Tapi, Sinan lambat bertemu sultan . 

“Kenapa kamu lambat datang ? “. Tanya sultan 

” Saya pergi tengok kawasan untuk membina masjid itu. Tuanku bermimpi bahawa Nabi Muhammad menyuruh membina masjid  “. Kata Sinan. 

” Bagaimana kamu tahu mimpi beta ini ? ” . Tanya sultan . 

” Saya ada bersama tuanku semasa dalam mimpi itu .” kata Sinan . 

Sultan menyuruh sinan membina masjid . Setelah itu , Sinan pergi dari situ dan   tidak berjumpa dengan sultan lagi dalam jangka masa  yang agak lama .  Sultan menyuruh orangnya memanggil sinan lagi. 

Sultan Shah dari Iran mendengar berita yang Sultan Suleyman mahu membina masjid tapi ambil masa agak lama prosesnya. Lalu , Sultan Iran memghantar sumbangan emas kepada Sultan Suleyman . Emas itu digunakan untuk modal membina masjid.

Cara Sultan Shah ini memperli kerajaan uthmaniyah yang ambil masa lama untuk siapkan masjid . 

” kenapa kamu lambat membina masjid ?” tanya sultan kepada Sinan.

” Saya sedang kuatkan tapak pembinaan supaya kukuh dan tidak rosak akibat gempa bumi . ” kata Sinan.

Lalu sultan memanggil tukang kayu untuk hancurkan emas pemberian Sultan Shah itu . Baginda tidak mahu emas itu . Emas itu dibuang ke dalam tapak pembinaan  Masjid Suleymaniye . 

Akhirnya pembinaan masjid itu siap sepenuhnya . 

 

 

Bangunan Mandrasah Zaman Uthmaniyah

 

Ini madrasah zaman uthmaniyah. sudah lama cuba nak masuk kawasan ini tapi lalu waktu malam. Kebetulan lalu waktu siang singgah masjid fatih untuk solat asar. 

Semasa masuk kawasan pagar baru ternampak tulisan asrama lelaki tapi saya masuk dengan suami saya .

madrasah ini dijadikan asrama. Saya intai di celah pintu. Kawasan di dalam seperti filem sultan uthmaniyah. memang cantik. suasana uthmaniyah masih kekal.

Masjid besar- besar di Turki ini biasanya ada madrasah sekali di sekelilingnya . Bangunan yang masih kekal dan dijaga . 

Madrasah di bawah ini terletak di sebelah Masjid Fatih . 

medrese 1

plug in turkey

Salam semua , 

Ini salah satu perkara yang perlu di ambil berat sewaktu travel ke Turki . Disini mereka guna plu in 2 lubang bukan 3 lubang seperti di Malaysia . Sebelum ke sini pastikan bawa plug tambahan dan international adaptor untuk memudahkan caj bateri handphone atau laptop .

plug in turkey