Uncategorized

Cucian dengan air panas .

Di Turki ini , ibu rumah tangga cuci pinggan mangkuk tak boleh sekadar letak sabun ,gosok dan bilas .Penggunaan air panas amat dititikberatkan .Mesti cuci dengan air panas supaya lebih bersih dan minyak tertanggal .

Saya pun rasa tak puas kalau tak cuci dengan air panas .Sinki cuci pinggan saya tak ada paip air panas , jadi saya kena jirang air. Tak perlu masak sehingga mendidih .cukup sekadar panas .

Sesiapa yang ada mesin cuci pinggan atau paip yang dah setting tak perlu jirang air panas lagi.Macam saya hanya berdua , jadi pinggan tak banyak dan tak perlu sangat mesin cuci pinggan .

Tapi cara cuci ini kalau tak nak ikut pun tak apa .kalau tinggal rumah sendiri , terserah masing – masing .

Begitu juga dengan baju , basuh biasanya setting 40 darjah tapi untuk baju warna putih guna 60 darjah . Mulanya saya fikir macam main masak – masak pula guna air panas. Tapi mesin basuh ada tak perlu jirang air . Tekan je suhu yang kita nak , lepas tu start.

Nantikan episod seterusnya …….

Yenny dogan

Istanbul kota tanpa jemu

Advertisements
Uncategorized

Perjalanan hujung musim luruh 2018 episod 1

Kami mulakan perjalanan waktu petang tapi tidak begitu menggunakan highway . Maklumlah guna kenderaan sendiri ,jadi bila – bila masa saja boleh pergi .Kami tinggal di istanbul europe side .

Sebaik saja menyeberangi ke tanah asia melalui jambatan kedua (Jambatan Fateh Sultan Mehmet), kami terus lalu Sile dan Agva . Dua tempat ini masih di dalam istanbul . Lebih suka memilih

Laluan jalan kampung . Tak terus guna highway yang biasa orang lain guna .biasanya highway ni memang lagi cepat untuk kita sampai ke tempat yang dituju tapi kami tak nak terburu – buru .

Sile dan Agva ni biasanya sesak dan sibuk pada musim panas kerana di Sile ada laut .orang tempatan ,orang turki yang menetap di luar negara, orang turki yang ada summer house mula ke arah Sile atau Agva . Orang yg ada summer house ni meluangkan masa dengan kehijauan sebab duduk bandar sibuk dan trafik .Jadi musim panas ni mereka ambil peluang nak rasa kehijauan dan ketenangan jauh sikit dari bandar .Selain itu , boleh bercucuk tanam sebab ada halaman rumah yg selesa dan luas .