Uncategorized

Homemade baklava lebaran

            

 

homemade baklava

Saya memang suka baklava tapi tak boleh kerap makan nantikan paras gula naik dalam badan . 

Setiap kali perayaan aidil fitri homemade baklava lazimnya menjadi makanan utama untuk dihidangkan kepada tetamu . 

Baklava memerlukan 30 helai kulit baklava yang nipis ( yufka ) dan intinya sama ada pistacio atau walnut hancur . selepas tu dsiramkan dengan air gula semasa panas. dah siap baklava .

Mertua saya memang suka buat sendiri . Tapikan orang turki memang suka buat sendiri apa saja makan untuk hari istmewa atau pun makanan harian . 

Advertisements
Uncategorized

Nasi Ulam dua benua

nasi ulam 2 benua

dereotu

 

 

maydonoz

 

 

Nasi Ulam 2 benua ini hasil campuran bahan di turki dan malaysia . Oleh sebab saya tinggal di Istanbul eropah dan Malaysia pula terletak di asia , jadi saya namakan Nasi Ulam dua benua .

Resepi sangat senang dan cepat

Nasi putih

Ulam turki  – maydonoz dan dereotu ( gambar sepeerti diatas )

Sedikit budu

bawang merah / bawang besar dipotong halus atau di parut

* gaulkan semua bahan diatas bersama nasi putih sehingga rata

 

boleh makan bersama ikan goreng tepung / telur masin / daging bakar / solok lada

 

selamat mencuba

 

Yeni Istanbul

Uncategorized

Roti simit dan Teh turki

cay

 

Tiba saja saya di Istanbul . Saya nampak roti simit di tepi jalan .Mereka jual 1 TL satu . Paling sedap bila makan panas- panas.

Saya cicah simit ke dalam teh .Orang turki agak pelik sebab saya cicah dengan teh .

“Cicah dengan teh ini lah sedap ”

Roti simit berbijan ini  banyak dijual ditepi jalan seperti  orang malaysia jual pisang goreng .

Sesiapa ke Istanbul atau mana- mana kota di dalam Turkey boleh cuba roti simit ini .

 

Salam sayang

Yeni dogan

Istanbul

 

Uncategorized

Ladang bunga matahari

 

 

ladang matahari

eh ! tengok tu banyaknya bunga matahari belum dikutip. nak ambil gambar lah . Nampak kuning saja

Musim panas di Afyonkarahisar , Sempadan Kutahya – Afyonkarahisar , lebuhraya dari Dazkiri – Denizli  mata tak jemu memandang bunga matahari mekar tumbuh . Suasana menguning dan sedap mata memandang .

Bunga matahari ini ada yang dijadikan minyak atau kuaci . Pada musim begini penduduk ambil kesempatan mengusahakan tanaman bunga matahari untuk di jual kepada pengusaha minyak masak dan kuaci .

Cuti raya baru ini seperti biasa balik Afyonkarahisar . sepanjang jalan ada juga tanaman ubi kentang , Bawang , maydonoz, cili , terung , tomato dan gandum yang diusahakan oleh penduduk tempatan pasa musim panas . 

Ada juga ladang yang masih ada orang bekerja petik hasil tanaman . Walaupun sudah banyak kali lalu di Kutahya dan Afyonkarahisar tapi mata masih tidak jemu dengan permandangan yang Allah cipta ini .

Kami berhenti sekejap untuk piknik tepi ladang orang sambil berehat .

Matahari terik tapi berangin juga .

Salam musim panas :  Yeni Dogan