Boleh dikatakan saya kerap melewati masjid suleymaniye . Masjid ini dibina pada tahun 1550 dan siap keselurhannya pada tahun 1558 . Pada tahun 1766 masjid ini berlaku kerosakan akibat gempa bumi .
Sedikit hikayat tentang pembinaan masjid ini :
Pada suatu malam sultan suleyman bermimpi bahawa Nabi Muhammad S.A.W menyuruhnya membina sebuah masjid dan menunjukkan kawasan yang perlu dibina itu . Apabila terjaga daripada tidur , Sultan menyuruh orangnya memanggil Mimar Sinan. Tapi, Sinan lambat bertemu sultan .
“Kenapa kamu lambat datang ? “. Tanya sultan
” Saya pergi tengok kawasan untuk membina masjid itu. Tuanku bermimpi bahawa Nabi Muhammad menyuruh membina masjid “. Kata Sinan.
” Bagaimana kamu tahu mimpi beta ini ? ” . Tanya sultan .
” Saya ada bersama tuanku semasa dalam mimpi itu .” kata Sinan .
Sultan menyuruh sinan membina masjid . Setelah itu , Sinan pergi dari situ dan tidak berjumpa dengan sultan lagi dalam jangka masa yang agak lama . Sultan menyuruh orangnya memanggil sinan lagi.
Sultan Shah dari Iran mendengar berita yang Sultan Suleyman mahu membina masjid tapi ambil masa agak lama prosesnya. Lalu , Sultan Iran memghantar sumbangan emas kepada Sultan Suleyman . Emas itu digunakan untuk modal membina masjid.
Cara Sultan Shah ini memperli kerajaan uthmaniyah yang ambil masa lama untuk siapkan masjid .
” kenapa kamu lambat membina masjid ?” tanya sultan kepada Sinan.
” Saya sedang kuatkan tapak pembinaan supaya kukuh dan tidak rosak akibat gempa bumi . ” kata Sinan.
Lalu sultan memanggil tukang kayu untuk hancurkan emas pemberian Sultan Shah itu . Baginda tidak mahu emas itu . Emas itu dibuang ke dalam tapak pembinaan Masjid Suleymaniye .
Akhirnya pembinaan masjid itu siap sepenuhnya .