Uncategorized

lebaran di bumi uthmaniyah

biasanya lebaran kalau di malaysia ada ketupat, rendang, lontong dan sebagainya.

Jauh berbeza lebaran di turki yang lazimnya hidang manisan baklava dan sampingan buah dan kuaci

Teh sebagai pembuka kata dan budaya di sini

Selamat hari raya maaf zahir dan batin

Yeni dogan
Istanbul

Advertisements
Uncategorized

Pengalaman pertama saya terbang jauh direct flight

 

Saya naik MAS dari Kuala Lumpur Malaysia ke Istanbul, Turkey . ini pada Januari 2012 . Saya bertanya kepada penumpang melayu lain .

Saya : flight ni stop mana – mana ke untuk isi minyak ?

Penumpang lain : cukup minyak kak . jangan risau .

Saya : besarnya tangki minyak boleh tahan lama sampai 10 jam lebih 

penumpang : cukup kak . heheee

Saya : dia orang sudah check betul – betul ke cukup ini . Risau lah 

 

dalam fikiran saya kereta pun boleh habis minyak bermakna kapal terbang pun sama. Sama – sama kenderaan yang perlukan minyak dan boleh habis.

 

 

Uncategorized

Perniagaan melalui instagram

Saya mula kenal instagram tahun 2013. Seorang pelajara malaysia yang belajar di turki mengajar saya sign up instagram dan sedikit cara meletakkan gambar dan menulis info . terima kasih kepada suhana ( pelajar malaysia ) .

Pada mulanya saya fikir instagram itu untuk kita ambil gambar seperti kamera. Jadi , saya tidak ambil kisah mengenai instagram . 

jangan jadi seperti saya ya , harus baca dan kenal dulu . Baru tahu fungsinya .

“Tak kenal maka tak cinta “

 

5 cara ada untuk memulakan perniagaan dalam instagram 

 

1. sign up 

2. masukkan gambar produk ke dalam instagram .Masukkan juga gambar perjalanan anda sekiranya melancong  supaya pengikut kita tidak bosan melihat gambar produk kita .

 

3. Komen juga gambar pengikut instagram anda . Contohnya : pengikut instagram anda meletakkan gambar masakan , jadi anda boleh komen : sedapnya , bagaimana cara membuatnya ? . jadi disini ada silaturahim . Bukan semata – mata untuk promosi barangan .

 

4. Gambar gambar guna handphone juga sudah mencukupi .

 

5. Letakan hashtag pada gambar anda  . simbol hastag #

Uncategorized

Salji di Bolu

Ini awal tahun winter di Istanbul . Saya ikut rombongan kawan indonesia yang tinggal di turki . Mereka buat rombongan jalan – jalan ke Bolu.

Memang bekulah di sini . Sejuk sampai ke tulang . Selepas itu kami turun kebawah sedikit untuk makan. suasana pun ada yang macam di Tudra

Perjalanan ini sehari saja tapi seronok untuk kami .

Main sallji , baling salji . nasib baik tak makan salji .

Suhu waktu ini sangat sejuk dan negatif  ser ta berangin .

Bolu dalam 4 jam perjalanan dari kota Istanbul

 

Image