Uncategorized

Ramadan bermula di Turkey

Hari ini sabtu 28 jun 2014 bermulanya ramadan du bumi uthmaniyah . hari ini tidak terlalu panas di istanbul dan berangin . Seperti angin sepoi sepoi bahasa masuk menyusuri langsir rumah . 

Beralun – alun langsir ditiup angin . Sungguh nyaman membuatkan mata mengantuk . 

esok belum tentu nasib cuaca di sini .

 

Salam ramadan semua dan semoga amalan kita diterima Allah SWT

Terima kasih kerana membaca blog saya selama ini 

Advertisements
Uncategorized

kampung turki

Image

 

Ini semua stor tempat simpan rumput kering haiwan ternakan. Rumah nenek ada lembu .  Rumput ini belakan pada musim sejuk .

 

 

 

 

Image

 

ranting kayu dari kebun yang sudah kering , mereka jadikan penyapu atau bahan bakar sewaktu musim sejuk atau untuk kegunaan  memasak di oven tanah .

Salah satu yang saya pegang ini penyapu . Mereka jadikan penyapu untuk kegunaan menyapu di luar rumah . Jadi boleh jimat

 

 

Image

 

Cili kering yang saya pegang itu untuk persedian pada musim sejuk. Apabila musim sejuk tiba, tanaman tidak ada dan semua sayur yang dikeringkan pada musim panas . di simpan untuk bekalan masa winter . Selain itu mereka jadikan jeruk untuk timun, kubis dan cili .

 

 

Image

 

Ini juga makanan haiwan yang telah di ikat bentuk blok . Selepas itu disusun untuk bekalan haiwan pada musim sejuk

 

Saya memang suka tengok aktiviti di kampung turki . Mereka hidup dalam keadaan semulajadi dan pentingkan yang asli

Uncategorized

Basic kebersihan dan kekemasan orang turki

1. kasut susun di luar rumah

2. makan mesti ada alas supaya tidak tumpah . contohnya makan biskut pun mesti beralas.

3. masuk bilik mandi atau toilet mesti pakai selipar

4. cuci tangan di basin cuci tangan bukan sinki cuci pinggan

5. mandi dengan air panas dan gosok badan dengan pengosok badan

6. cuci pinggan mangkuk dengan air panas

7. dapur gas dan dinding dapur mesti hari- hari lap supaya minyak bekas menumis hilang

8. dalam rumah mesti kemas dan bersapu / vakum . lagi satu sebab kita solat .