Uncategorized

Seindah Mawar Isparta

Awal pagi kami bersiap untuk bertolak awal ke Isparta .Bas masih belum bergerak kerana masih ada 15 minit lagi . Ada yang mahu ke hospital dan jumpa kawan atau sanak saudara . Saya mencari tempat duduk di belakang kerana tingkapnya besar sedikit dan mudah untuk saya menikmati pemandangan kampung dan ladang .

Sebaik saja jam menunjukkan waktunya, pemandu bas mula mulakan perjalanan ke Isparta . Semasa dalam perjalanan permandangan ladang gandum terbentang luas dan kambing meragut rumput . Angin sepoi- sepoi bahasa masuk melalui tingkap bas.



Insallah sambung ceritanya

Advertisements
Uncategorized

561 tahun yang dulu

Pada 561hari selasa waktu pagi , 29 May 1453 , Sultan Fetih dan askarnya telah berjaya menawan Kerajaan Byzantine . Sultan Fetih berlaku adil kepada orang greek yang tinggal di dalam kota konstantine dan nama ditukar Istanbul .

Mereka bebas mengamal agama mereka sendiri dan melakukan aktiviti seperti biasa . Tiada paksaan atau penindasan terhadap mereka setelah kerajaan uthmaniyah ambil alih .

Uncategorized

Perlukah SEO ?

Image

 

 

Dunia IT sangat luas . Saya juga budak baru belajar . Saya baru juga kenal apa itu SEO?

Pada mulanya saya keliru dan susah untuk memahaminya .

SEO ini merupakan  sesuatu yang anda tulis / lakukan untuk membuat website atau blog anda muncul pada halaman-halaman hasil pencarian search engine. Tujuan utama untuk membuat website anda mendapat kunjungan yang ramai apabila seseorang menulis sesuai dalam kotak  mesin pencari seperti Google, Yahoo dan Bing 

Uncategorized

Sibuk sibuk sibuk

Pernahkah kalian berfikir untuk sibukan diri kepada kebaikan atau dekatkan diri dengan Allah SWT. 

Pada masa sekarang kita terlalu sibuk dengan urusan duniawi sehingga tidak ada waktu untuk membaca alquran , berselawat atau bercakap tentang kebaikan .

Bangun tidur terus kita mandi atau cuci muka dan makan . Pernahkah kalian ucap ” alhamdulilah Allah masih beri saya bernafas “? Kebanyakkan kita bangun dari tidur terus bangun dan fikir apa yang mah dimakan , kerja banyak di pejabat, hari ini ada meeting 

cuba kita bersyukur masih boleh bernafas dan baru lakukan kerja harian. insallah jiwa kita lebih tenang  

Saya budak baru belajar

 

Uncategorized

Adnan Menderes and Turgut Ozal

Sempena Kandil mubarak Olsun ini kami menziarahi kawasan perkuburan di Topkapi berhampiran dengan Panorama Muzium . Kawasannya luas . Kami jalan sehingga sampai ke Makam Turgut Ozal dan Adnan Menderes 

Turgut Ozal mati di racun dan Adnan Menderes bersama penasihatnya mati di tali gantung oleh pihak sekuler

Semoga Allah tempatkan mereka dikalangan orang beriman . al Fatiha

 

ImagenanImage

Uncategorized

orang turki suka kebersihan

Sebaik saja saya kenal orang turki , mereka suka akan kebersihan dan disiplin dalam penjagaan kebersihan .

1, cuci pinggan dengan air panas supaya tanggal semua kotoran .

2. Lap lantai setiap hari termasuk dicelah – celah sofa , almari dan belakang pintu .

3. Setiap hari sental bilik mandi dan toilet 

4. Lap cermin tingkap dan tepinya 

5. Setiap ruang senantiasa kemas bagaikan bersedia untuk menerima tetamu 

6. Pakaian dicuci dengan air panas dan baju putih sering dicuci dengan clorox 

7. Kasut dan selipar disusun cantik – cantik

8. Meja mesti kemas dan dihias dengan bunga atau dibiarkan kosong 

9. disebakan terlalu menjaga kebersihan sehingga tombol pintu dan pintu pun mereka lap .

10. Habuk tali ampaian dan penyepit baju juga dilap supaya bersih .

Wanita turki walaupun sibuk sekali pun mereka tetap ada  jaga kebersihan rumah dan sekeliling tanpa mengeluh