penghujung summer dan permulaan autum – medan sultan ahmet

Hari ni saya bersama kak rozi yang bawa kawanya ke Sultan Ahmet . Jadi saya ikut sekali untuk cuci mata sekali sekala . Kami menaiki tramay dari stesen findikzade terus ke Sultan Ahmet .
Setelah sampai di sultan ahmet , kami terus menuju ke Topkapi palace ( Topkapi sarayi ). hanya 3 minit jalan dari station sultan ahmet .

Sambil menuju ke Topkapi itu kami ambil gambar di sekitar medan sultan ahmet .
Saya dan kak rozi tak masuk Topkapi . hanya kawan dia saja yang masuk . kami duduk – duduk di taman topkapi saja sambil menikmati teh dan kopi .

Cuaca waktu siang ni tidak sejuk dan tidak panas . Biasalah perubahan suhu pun tidak ganggu aktiviti luaran orang di sini . tapi harus pakai pakaian tebal sedikit supaya tak sakit .

 

Advertisements

Turki dan teh – çay ister misiniz?

çay ister misiniz ? – Kamu nak teh ke ?. Ayat ini salah satu ayat pertanyaan yng sering digunakan .

Ada juga tanya “cay ister misin ?”

Minum teh menjadi salah satu aktiviti harian dan budaya yang tidak boleh dipisahan dengan orang turki . Saya juga sudah terbiasa dengan budaya minum teh ni semenjak menetap di Turki .

Setiap hari di mana- mana saja pasti minum teh . Menyambut tetamu juga permulaanya diberikan minum teh . Teh bagaikan untuk memulakan hari juga . Setiap pagi pasti teh . Mereka lebih cenderung minum teh biasa . Bukan Teh epal atau teh herba . Teh yang diminum mereka setiap hari sangat pekat . Jarang sekali dengar orang turki yang minta teh kurang pekat . Mereka minum panas- panas dengan gelas kecil yang unik .

Sekali minum teh pasti 2-3 kali ulang .

Saya suka “acık çay ” bermaksud teh tidak pekat .

Sebelum teh , dulu  orang turki minum kopi . Tapi kopi susah ditanam dan harga meningkat . Jadi teh menjadi pilihan . Teh banyak ditanam di Rize dan Trabzon . Wilayah utara turki .

cay turki

 

Gullac manisan turki

 

gullac tatlisi

Ini Gullac . kebanyakan orang jual hanya ada pada bulan ramadan. bersusu . proses membuat seperi baklava . perlukan puluhan lapis kulit yufka( diperbuat daripada tepung ) yang sangat nipis. ada tambahan air mawar asli yang boleh di makan .Diatasnya tabur dengan pistachio atau walnut halus . boleh juga tambah jem buah – buahan sedikit .

 

 

 

 

 

 

 

Spring sudah masuk

Asalamualaikum semua yang buka blog ini .

Musim bunga sudah masuk sepenuhnya . Biasanya mac  masa pertukaran waktu / musim jadi cuaca akan menjadi tidak panas dan tidak begitu sejuk . Masa bulan april pun begitu . Jadi cuaca tidak menentu.

hari minggu lepas , kami ke kawasan kampung tapi masih  di dalam Istanbul . Dalam 30 minit dari Fatih sekiranya tidak ada trafik.

Singgah di  Summer House  minum teh dan jalan di sekeliling .  Selepas  itu , kami  pergi ke arah lain yang berdekatan . Banyak bunga liar yang tumbuh di bukit dan padang .seperti papayta dan kanola .

 

kanola 2

Soguksu , Istaanbul bahagian eropah 

 

kanola 1

 

Sistem “24 hours ” Istanbul

Assalamualaikum

Hari ini saya nak luangkan masa untuk berkongsi mengenai cara menulis jam kepada orang turki .

Di turki mereka guna sistem 24hours . Contohnya pukul 1 petang , mereka akan faham 13;00 . Jika kita tulis 1pm , mereka tak akan faham dan tidak mahu ada kemahuan untuk ambil tahu sistem “12hours “.

Kadang itu saya juga malas untuk  memberitahu mereka ada sisttem “12hours “.

1. budaya turki

Hari ini saya nak kongsikan budaya memberi ucapan sesama mereka .

  1. “kolay gelsin ” – semoga dipermudahkan . ini diucapkan sewaktu kita nampak seseorang itu melakukan sesuatu pekerjaaan atau menguruskan sesuatu hal .
  2. “gecmis olsun ” – semoga sembuh/ semoga akan baik  . Walaupun mereka tidak kenal satu sama lain , mereka tetap mengucapkan ” semoga sembuh ” apabila bertemu orang sakit . contohnya seorang budak jalan terhencut hencut kerana sakit kaki . Nanti akan ada orang yang akan ucapkan ” gecmis olsun ” sewaktu melewati budak itu . Lagi satu contoh  : Saya mencerit akan yang minggu lepas jatuh di jalan , pasti orang yang mendengar itu mengucapkan ” gecmis olsun “.Sekiranya  rumah seseorang itu dimasuki pencuri juga mereka akan ucapkan ” gecmis olsun “

Pemanas kampung – Soba

20150124_130503

Pertama kali saya nampak pemnas kampung ini  memang excited sebab unik . Saya memang suka benda  yang unik macam in.

Pemanas ini dipanggil ” soba” dalam bahasa turki . Fungsi boleh dijadikan pemanas dan memasak sekali .Jimat gas juga.

Semasa saya di kampung , setiap pagi masak teh di atas pemanas dan teh dibiarkan panas sentiasa . sambil duduk sambil minum teh . Minum teh memang budaya turki.Mereka boleh habiskan bergelas – gelas teh yang gelas kecil itu .

cay turk

Pada masa itu winter. Pagi – pagi teh yang berasap dituang ke dalam gelas teh turki kecil dan unik.Gelasnya nipis supaya teh tidak cepat sejuk. Mmemang menyelerakan minum panas- panas tapi lidah boleh melecur.

Orang turki biasanya minum teh ini panas – panas  walaupun pada musim panas. Mereka tak ada istilah teh ais macam kita di Malaysia .